Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan MSM ditutup tinggi bagi hari ke-6 berturut-turut
Perniagaan

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi bagi hari ke-6 berturut-turut

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi bagi hari ke-6 berturut-turut

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Januari– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi bagi hari keenam berturut-turut pada Khamis, didorong sentimen positif susulan pengeluaran dijangka lebih rendah dalam beberapa minggu akan datang.

Peniaga minyak sawit, David Ng berkata permintaan MSM dijangka kekal kukuh sekali gus dapat mengurangkan paras stok keseluruhan di negara ini.

“Oleh itu, kami menetapkan paras sokongan pada RM3,750 satu tan dan rintangan pada RM3,950 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, kontrak Januari 2024 menambah RM28 kepada RM3,740 satu tan, Februari 2024 dan Mei 2024 masing-masing menokok RM32 kepada RM3,774 satu tan dan RM3,748 satu tan.

Mac 2024 dan April 2024 masing-masing naik RM37 kepada RM3,794 satu tan dan RM3,782 satu tan, manakala Jun 2024 meningkat RM20 kepada RM3,695 satu tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 95,307 lot daripada 86,820 lot pada Rabu, dan kepentingan terbuka meningkat kepada 298,179 kontrak daripada 290,586 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan menokok RM50 kepada RM3,820 satu tan.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...