Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Pasaran getah dijangka diniagakan tinggi
Perniagaan

Pasaran getah dijangka diniagakan tinggi

Pasaran getah dijangka diniagakan tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Januari- Pasaran getah diunjurkan diniagakan lebih tinggi minggu depan berikutan jangkaan bahawa permintaan dan harga lebih kukuh di sebalik hasil yang rendah susulan faktor cuaca.

Bekas Presiden Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia Denis Low berkata musim monsun yang berpanjangan akan terus mengurangkan aktiviti menoreh getah.

\”Pembelian saham ketika ini mungkin menyebabkan turun naik harga memandangkan kekurangan bekalan disebabkan monsun,\” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pertumbuhan kukuh dalam pengeluaran dan jualan kereta China akan meningkatkan permintaan bagi getah asli memandangkan negara itu merupakan antara pengimport terbesar getah asli.

Menurut data daripada Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM) pada Khamis, pengeluaran kereta China melebihi 30.16 juta unit pada 2023, meningkat 11.6 peratus berbanding paras 2022 manakala jualan kereta melonjak 12 peratus tahun ke tahun.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran getah tempatan diniagakan bercampur-campur, dipengaruhi oleh prestasi niaga hadapan getah serantau dan turun naik harga minyak mentah.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga rujukan bagi getah fizikal oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysisa (GMM) 20 turun 2.5 sen untuk menutup minggu ini pada 704.0 sen sekilogram daripada 706.5 sen sebelumnya, manakala susu getah pukal menambah 15.0 sen untuk menutup dagangan pada 568.5 sen sekilogram daripada 553.5 sen.

Pada 5 petang Jumaat, harga rujukan bagi getah fizikal oleh LGM untuk GMM 20 adalah 703.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 570.0 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...