Sunday , 22 December 2024
Home Perniagaan Ringgit susut kepada RM4.70 berbanding Dolar AS
Perniagaan

Ringgit susut kepada RM4.70 berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Januari –Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan kekurangan pemangkin, kata peniaga.

Pada 9.36 pagi, ringgit susut kepada 4.7075/7110 berbanding dolar AS daripada 4.6925/6965 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kecenderungan enggan mengambil risiko akan terus wujud, mengakibatkan permintaan yang lebih tinggi terhadap dolar AS dalam keadaan keraguan mengenai pengurangan kadar faedah selanjutnya oleh Rizab Persekutuan AS selain ketegangan di Timur Tengah.

Beliau berkata ketegangan di Timur Tengah, terutama di kawasan Laut Merah, boleh mengganggu perdagangan global, mendorong permintaan terhadap dolar AS.

Sementara itu, data yang menjadi tumpuan minggu ini adalah pertumbuhan ekonomi China bagi suku keempat 2023 di samping jualan runcit AS bagi Disember.

“Pada ketika ini, dolar AS/ringgit akan terus berlegar di sekitar paras RM4.70. Paras sokongan dan rintangan semasa masing-masing berada pada RM4.6611 dan RM4.7958,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit domestik susut berbanding euro kepada 5.1189/1227 daripada 5.1073/1117 ketika ditutup pada Selasa, serta kurang stabil berbanding pound Britain kepada 5.9489/9533 daripada 5.9299/9350.

Walau bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1948/1974 daripada 3.2013/2043 semalam.

Ringgit rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean.

Mata wang tempatan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.2710/2858 daripada 13.2579/2748 pada Selasa dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5063/5091 daripada 3.5003/5038.

Ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.9/302.2 daripada 300.9/301.3 namun, mendapat berbanding peso Filipina pada 8.40/8.41 dari 8.40/8.42. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...