Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan Langkah operasi BNM, dorong kadar jangka pendek diunjur kekal stabil
Perniagaan

Langkah operasi BNM, dorong kadar jangka pendek diunjur kekal stabil

Langkah operasi BNM, dorong kadar jangka pendek diunjur kekal stabil

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 18 Januari– Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada Khamis, didorong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM24.07 bilion dalam sistem konvensional dan RM28.27 bilion dalam dana Islam.

Pada hari ini, bank pusat itu akan menjalankan masing-masing satu tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta selama lapan hari serta tender Qard bernilai RM500 juta, juga bagi tempoh lapan hari.

BNM akan turut menawarkan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion masing-masing selama 32 hari dan 91 hari.

Pada masa sama, bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar selama sebulan dan tiga bulan.

Seterusnya pada 4 petang, BNM akan melaksanakan satu tender semalaman konvensional sehingga RM25.6 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai sehingga RM27.8 bilion.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...