Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka tinggi berikutan sentimen pasaran lebih baik
Perniagaan

Ringgit dibuka tinggi berikutan sentimen pasaran lebih baik

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 Januari- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen yang lebih baik selepas data pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pertumbuhan pekerjaan, mengukuhkan jangkaan kepada penurunan kadar faedah tidak lama lagi, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7140/7190 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7215 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pada minggu lepas, Tuntutan Pengangguran Awal AS merosot kepada 187,000 berbanding anggaran konsensus sebanyak 207,000 manakala pada minggu sebelumnya, bacaan adalah pada 203,000.

“Ini bermakna pasaran buruh AS masih menunjukkan trend yang berdaya tahan walaupun dalam persekitaran kadar faedah yang tinggi.

“Ini mungkin dilihat bertentangan dengan kumpulan penurunan kadar yang menjangka kadar akan diturunkan pada Mac ini,” katanya kepada Bernama.

Indeks Dolar AS (DXY) terus berada melebihi 103 mata berikutan Rizab Persekutuan tidak akan menukar haluan dalam masa terdekat, katanya.

Oleh itu, Mohd Afzanizam menjangka ringgit akan kekal rendah hari ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali berbanding pound, apabila susut kepada 5.9910/9974 daripada 5.9782/9845 pada Khamis.

Ia meningkat berbanding euro kepada 5.1288/1343 daripada 5.1339/1394 pada Khamis dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.1847/1883 daripada 3.1903/1939 sebelum ini.

Pada masa sama, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding peso Filipina kepada 8.44/8.46 daripada 8.45/8.46 semalam dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 301.6/302.2 daripada 301.8/302.3 sebelum ini.

Ringgit merosot berbanding baht Thailand kepada 13.2714/2918 daripada 13.2475/2675 pada Khamis dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.5101/5140 daripada 3.5098/5141 sebelum ini. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...