Tuesday , 31 December 2024
Home Perniagaan AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari
Perniagaan

AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari

AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari

FOTO HIASAN

JAKARTA, 19 Januari- Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia mengumumkan bakal mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching kepada setiap hari atau tujuh kali seminggu, dari tiga penerbangan seminggu bermula 8 Februari.

Menerusi satu kenyataan, AirAsia memaklumkan peningkatan kekerapan itu tepat pada masanya ketika industri pelancongan kedua-dua negara mengalami fasa pemulihan yang pesat.

Dengan penambahan kekerapan itu juga AirAsia menyediakan lebih banyak pilihan penerbangan dengan kadar tambang yang berpatutan.

\”Laluan Kuching ke Jakarta ini juga sangat penting sebagai penghubung antara Sarawak ke bahagian lain di Indonesia, Indonesia, terutamanya dengan penubuhan ibu negara yang baharu, Nusantara, di Kalimantan Timur,\” menurut AirAsia dalam kenyataan tersebut.

Tempat duduk boleh ditempah untuk penerbangan segera dengan harga serendah Rp689.000 sehala dari Jakarta dan RM149 dari Kuching melalui aplikasi airasia Superapp dan laman web airasia.com.

Laluan Jakarta-Kuching yang dikendalikan oleh AirAsia Indonesia dilancarkan pada 15 Jun tahun lepas.

Ia kemudiannya menjadi pilihan popular dalam kalangan penumpang dari kedua-dua bandar raya, khususnya warga Indonesia yang mengunjungi Kuching untuk menikmati keindahan alam semulajadi dan warisan sejarah Sarawak serta penumpang dari Sarawak untuk membeli-belah dan menikmati pengalaman kulinari di Jakarta.

Related Articles

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...