Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Pasukan Petugas 1MDB pertimbang prosiding undang-undang terhadap beberapa bank asing
Perniagaan

Pasukan Petugas 1MDB pertimbang prosiding undang-undang terhadap beberapa bank asing

Pasukan Petugas 1MDB pertimbang prosiding undang-undang terhadap beberapa bank asing

1MDB

KUALA LUMPUR, 23 Januari- Pasukan Petugas Pemulihan Aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang menilai sama ada perunding dan peguam mewakili kerajaan telah gagal dalam kewajipan fidusiari atau cuai dalam mencapai Perjanjian Penyelesaian membabitkan Goldman Sachs.

Pengerusinya,Datuk Seri Johari Abdul Ghani melalui kenyataan memaklumkan, kegagalan barisan perundangan berunding untuk mendapatkan penyelesaian yang adil telah menjejaskan kedudukan Malaysia dalam pertikaian tersebut.

Jelas beliau, pada 8 November lalu, Malaysia telah memfailkan jawapannya kepada permohonan timbang tara oleh Goldman Sachs dan kedua pihak kini dalam proses mencapai persetujuan berhubung tarikh prosedur.

Pihaknya juga sedang mempertimbang untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap beberapa bank asing yang terlibat dalam pemindahan dana berkaitan 1MDB tanpa melalui proses Kenali Pelanggan Anda (KYC).

Perjanjian Penyelesaian ditandatangani pada Ogos 2020 antara Kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs memerlukan bank tersebut membayar AS$2.5 bilion, selain menyediakan jaminan pemulihan aset sebanyak AS$1.4 bilion kepada Kerajaan Malaysia.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...