Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan FBM KLCI tinggi pada sesi awal
Perniagaan

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi pada sesi awal

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 24 Januari- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka lebih tinggi pada Rabu, seiring prestasi asas pasaran tunai.

Pada pukul 9.10 pagi, kontrak bulan semasa Januari 2024 dan Jun 2024 masing-masing naik 4.0 mata kepada 1,504.0 dan 1,493.0 manakala Februari 2024 dan Mac 2024 naik 5.0 mata kepada 1,505.5 dan 1,492.5.

Jumlah dagangan sebanyak 2,779 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 46,884 kontrak.

Pada pukul 9.32 pagi ini, indeks penanda aras FBM KLCI naik 4.74 mata kepada 1,500.85 berbanding 1,496.11 pada akhir dagangan semalam.

Jawatankuasa Dasar Monetari (FMC) Bank Negara Malaysia dijadual mengadakan mesyuarat pertama 2024 pada hari ini yang antara lainnya memutuskan mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Sebahagian besar kalangan ahli ekonomi menjangkakan bank pusat itu akan bertindak mengekalkan kadar semasa pada 3.0 peratus.

Untuk rekod, bank pusat bertindak mengekalkan OPR pada paras semasa dalam mesyuarat terakhir 2023 dan menjadikan keputusan ketiga seumpamanya secara berturut-turut.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...