Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup tinggi disokong sentimen pasaran lebih baik
Perniagaan

Pasaran getah ditutup tinggi disokong sentimen pasaran lebih baik

Pasaran getah ditutup tinggi disokong sentimen pasaran lebih baik

Foto Hiasan/ Livevartha

KUALA LUMPUR, 31 Januari– Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, disokong penurunan kecil ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memandangkan sentimen pasaran ditambah baik oleh data ekonomi AS yang kukuh selain unjuran lebih positif oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi pertumbuhan global 2024.

Peniaga berkata IMF menyemak naik unjurannya bagi pertumbuhan ekonomi global kepada 3.1 peratus berasaskan kekukuhan ekonomi AS yang tidak dijangkakan, langkah sokongan fiskal di China dan penurunan inflasi yang lebih pantas berbanding jangkaan.

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh penurunan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras, serta data ekonomi China yang kurang memberangsangkan berikutan peningkatan kebimbangan mengenai ketegangan geopolitik yang semakin meruncing di Timur Tengah,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat rantau, niaga hadapan getah Jepun meningkat hari ini susulan unjuran pertumbuhan lebih tinggi dan data tenaga kerja AS yang kukuh mengatasi kebimbangan mengenai aktiviti pembuatan China yang rendah dan kelembapan permintaan kenderaan elektrik.

Harga minyak mentah turun pada Rabu ekoran asas lemah berterusan dalam keadaan konflik yang semakin meruncing di Timur Tengah.

Di peringkat tempatan, harga rujukan bagi getah fizikal Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) dan susu getah pukal masing-masing meningkat tiga sen sekilogram kepada 716.50 sen sekilogram dan 645.50 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 berada pada 717.50 sen sekilogram, manakala susu getah pukal pada 649.0 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup esok susulan cuti Hari Wilayah Persekutuan dan beroperasi semula pada Jumaat, 2 Feb 2024. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...