Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Malaysia destinasi percutian menarik, tawar pakej dan perkhidmatan mampu milik
Perniagaan

Malaysia destinasi percutian menarik, tawar pakej dan perkhidmatan mampu milik

Malaysia destinasi percutian menarik, tawar pakej dan perkhidmatan mampu milik

Pengerusi Easy Land Sdn Bhd, Tan Sri Syed Mohd Yusof

SEPANG, 1 Februari – Kehadiran pelancong ke negara ini dijangka terus meningkat dan tidak akan terjejas oleh peningkatan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak dua peratus.

Pengerusi Easy Land Sdn Bhd, Tan Sri Syed Mohd Yusof berkata Malaysia masih kekal sebagai destinasi percutian menarik yang menawarkan pakej dan perkhidmatan mampu milik.

\”Industri hospitaliti tahun ini akan berkembang pesat. Kita ada lebih 20 juta pelancong yang datang ke negara ini dan hotel memainkan peranan yang penting terutamanya perkhidmatan yang ditawarkan. Justeru saya lihat peningkatan lebih ramai pelancong ke negara ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas acara pra-pelancaran hotel Ibis Style, di sini.

Dibangunkan bersama Kumpulan Ikhasas, hotel yang mempunyai 229 bilik itu dibina pada 2019 melibatkan kos berjumlah RM56 juta.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...