Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Eksport barangan Malaysia dijangka berkembang 5.2 peratus
Perniagaan

Eksport barangan Malaysia dijangka berkembang 5.2 peratus

Eksport barangan Malaysia dijangka berkembang 5.2 peratus

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Eksport barangan Malaysia dijangka pulih dan berkembang sebanyak 5.2 peratus tahun ini susulan peningkatan semula aktiviti perdagangan dan pengeluaran global.

Menurut MIDF Research, sentimen optimis dalam kalangan pengeluar tempatan meningkat sedikit sejak Disember 2023 dan permintaan diunjur terus pulih.

S&P Global semalam melaporkan keyakinan menyeluruh dalam kalangan pengeluar di Malaysia meningkat bulan lalu.

Indeks Pengurus Pembelian; PMI Pembuatan S&P Global Malaysia, yang diselaraskan secara bermusim mencatat 49 mata, berbanding 47.9 pada Disember 2023.

Angka tersebut mencerminkan sektor pembuatan negara di landasan bagi mencatat pemulihan secara beransur-ansur.

Sementara itu MIDF Research menerusi nota penyelidikannya berkata, tekanan harga yang berkurangan seiring tekanan kos yang menyebabkan kenaikan harga jualan juga lebih perlahan.

Perkembangan ini selaras trend terkini dalam harga pengeluar dan pengguna.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...