Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Graduan asing beri manfaat kepada industri tempatan – MEF
Perniagaan

Graduan asing beri manfaat kepada industri tempatan – MEF

Graduan asing beri manfaat kepada industri tempatan – MEF

Gambar hiasan

PETALING JAYA, 5 Februari – Cadangan membenarkan graduan asing tempatan bekerja sementara di negara ini akan meningkatkan jumlah pekerja mahir dalam bidang teknologi tinggi.

Pengarah Eksekutif Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata, langkah itu akan memberi manfaat kepada industri tempatan, khususnya bidang pertumbuhan utama ekonomi negara.

\”Ini bukan isu pelajar asing akan ambil pekerjaan pekerja tempatan tetapi kita kekurangan bakat.

\”Untuk membina bakat, kita perlukan 4 hingga 5 tahun pengalaman sebelum pelajar bersedia untuk bekerja.

\”Jadi sementara menunggu, apa salahnya kita ambil graduan warga asing dahulu,\” soalnya ketika dihubungi RTM.

Beliau menambah, tidak timbul isu pekerja tempatan tidak mendapat pekerjaan sekiranya graduan asing diberi peluang, memandangkan keberadaan graduan asing bukanlah untuk jawatan tetap.

Sebaliknya, ia bersifat sementara dan selepas tempoh tertentu, peluang pekerjaan harus diberikan kepada graduan tempatan.

Baru-baru ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mencadangkan agar graduanasinginstitut pengajian tinggi (IPT) tempatan dibenarkan bekerja sementara di negara ini.

Kebenaran itu diberi dalam bidang tertentuseperti sektor teknologi tinggi sekali gus, merancakkan sektor pendidikan Malaysia sebagai penjana pendapatan negara.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...