Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, disokong operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, disokong operasi BNM

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, disokong operasi BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 7 Februari– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Rabu, disokong oleh langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan pada RM32.59 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM23.73 bilion.

Pada hari ini, bank pusat berkenaan akan mengendalikan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta masing-masing bagi tujuh hari dan 14 hari.

BNM akan turut menawarkan tender repo berbalik Islam bernilai RM200 juta selama 90 hari serta mengeluarkan Bil Antara Bank Islam bernilai RM2.50 bilion pada 9 Feb, 2024.

Selain itu, bank pusat berkenaan turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli balik dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh sebulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM31.6 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM23.7 bilion.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...