Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Ringgit ditutup mengukuh semula, menjelang pengumuman KDNK suku keempat
Perniagaan

Ringgit ditutup mengukuh semula, menjelang pengumuman KDNK suku keempat

Ringgit ditutup mengukuh semula, menjelang pengumuman KDNK suku keempat

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 15 Februari– Ringgit kembali mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir sesi urus niaga Khamisdanmenjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat esok, kata penganalisis.

Pada pukul 6.00 petang, ringgit meningkat ke paras4.7800/7850 berbanding dolar AS daripada 4.7845/7885 yang dicatatkan semalam.

Pengarah UrusanSPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit diniagakan meningkat sedikit selepas hasil Perbendaharaan AS susut selepas data inflasi terbaharu negara maju itu terbukti mengatasi jangkaan awal.

“Bagaimanapun, paras hasil Perbendaharaan 10 tahun AS yang tinggihanya mengekalkan sokongan terhadap mata wang AS dan sebaliknya mengekang peningkatan ringgit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS hari ini dengan meraih kira-kira 10 peratus.

Malah, katanya, kesan dasar monetari yang ketat juga semakin ketara dan menjangkakan pasaran pertukaran asing akan lebih terkawaldalam masa terdekat.

“Data-data yang diumumkan hari ini menunjukkan bahawa ekonomi Jepun danUnited Kingdom(UK) sudah mengalami kemelesetan teknikal. Angka terkini itu juga menggambarkan bank pusat iaitu Bank of Japan berkemungkinan mengekalkan pendirian berhati-hati mengenai langkah menamatkan akomodasi menotari yang ketara.

“Menerusi tindakan sama, pendirian dasar monetari yang ketat oleh pihak Bank of England telah memberi kesan negatif terhadap ekonomi UK.

“Kerajaan negara itu dijadual mengumumkan belanjawannya pada 6 Mac ini dan mungkin menyenaraikan langkah pengurangan cukai bagi merangsang ekonominya,” kataMohd Afzanizam.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama termasuk susutberbanding yen Jepun kepada 3.1860/1896 daripada 3.1757/1786.

Unit tempatan itu juga rendah berbanding pound Britain kepada 6.0008/0071 daripada 5.9983/6.0033, dan susut berbanding euro kepada 5.1304/1357 daripada 5.1185/1227, sebelum ini.

Dalam pada itu, ringgitdiniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain.

Ini termasuk mengukuh berbanding baht Thailand pada 13.2084/2292 daripada 13.2366/2535 pada akhir urus niagadan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 305.7/306.0 daripada 306.5/307.0.

Ringgit bagaimanapun rendah berbanding peso Filipinapada 8.53/8.54 daripada 8.52/8.54 dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5481/5521 daripada 3.5441/5473.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...