Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan ABAC fokus isu ekonomi global
Perniagaan

ABAC fokus isu ekonomi global

ABAC fokus isu ekonomi global

Julia Torreblanca menjawab soalan wartawan dalam sidang media di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 17 Februari- Mesyuarat pertama Majlis Penasihat Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (ABAC) memberi tumpuan terhadap isu ekonomi global yang semakin mencabar.

Pengerusi ABAC 2024, Julia Torreblanca berkata, ABAC komited memainkan peranan secara kolaboratif untuk menangani cabaran tersebut demi mewujudkan masa depan yang lebih makmur, mampan, dan stabil .

Menurutnya, antara keutamaan ABAC tahun ini ialah mengukuhkan struktur ekonomi rantau dan bekerjasama rapat dengan negara anggota Ekonomi Asia-Pasifik ( APEC ) ke arah pelaksanaan Zon Bebas Perdagangan Asia-Pasifik (FTAAP)

\”Satu lagi keutamaan ABAC 2024 ialah memberi penekanan kepada pembangunan idea praktikal, tentang bagaimana menyokong peralihan ekonomi tidak formal kepada yang formal.

\”Ini merupakan cabaran besar bagi negara ekonomi membangun,dan dapat mengekang keupayaan sebenar ekonomi serta menyediakan peluang yang lebih baik kepada rakyat,\”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur.

ABAC akan mengadakan tiga lagi mesyuarat tahun ini dan mesyuarat seterusnya akan diadakan pada April di Hong Kong.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...