Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan emas dijangka dalam julat kecil, cenderung meningkat minggu depan
Perniagaan

Niaga hadapan emas dijangka dalam julat kecil, cenderung meningkat minggu depan

Niaga hadapan emas dijangka dalam julat kecil, cenderung meningkat minggu depan

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes mengunjurkan emas didagangkan dalam julat AS$1,990 hingga AS$2,025 setiap auns / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Februari – Kontrak niaga hadapan emas dijangka didagangkan dalam julat kecil dengan kecenderungan meningkat minggu depan, menjejaki prestasi Bursa Komoditi New York (Comex), kata penganalisis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes mengunjurkan emas didagangkan dalam julat AS$1,990 hingga AS$2,025 setiap auns.

“Dinamik terkini dalam pasaran emas telah dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk data inflasi, lonjakan hasil dan kenaikan sepadan dalam dolar Amerika Syarikat (AS).

“Perkembangan ini mengakibatkan ketidaktentuan pasaran, dengan pelabur berhati-hati menunggu isyarat daripada Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai kemungkinan pengurangan kadar faedah di samping memantau aliran data ekonomi AS,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata permintaan emas utama terus dicatatkan dari pasaran pesat membangun, dengan permintaan fizikal yang besar didapati di China.

Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, jumlah dagangan niaga hadapan emas dalam pasaran tempatan meningkat kepada 120 lot daripada 85 lot yang didagangkan minggu lepas.

Kepentingan terbuka pula menambah kepada 133 kontrak daripada 84 kontrak.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Februari 2024 turun kepada AS$2,010.80 setiap auns troy daripada AS$2,039.80 pada minggu lepas, manakala Mac 2024 susut kepada AS$2,017.10 setiap auns troy daripada AS$2,049.70.

April 2024, Mei 2024 dan Jun 2024 masing-masing diselesaikan rendah pada AS$2,028.40 setiap auns troy berbanding AS$2,057.70 minggu lepas.

Harga emas fizikal pada AS$2,004.05 setiap auns troy berdasarkan penetapan petang Persatuan Pasaran Jongkong London pada 15 Feb, 2024.-Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...