Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan LIA diiktiraf lapangan terbang terbaik dunia 2023
Perniagaan

LIA diiktiraf lapangan terbang terbaik dunia 2023

LIA diiktiraf lapangan terbang terbaik dunia 2023

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) sekali lagi diiktiraf antara lapangan terbang terbaik dunia 2023 dalam kategori dua hingga lima juta pelanggan setahun

LANGKAWI, 27 Februari – Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) sekali lagi diiktiraf antara lapangan terbang terbaik dunia 2023 dalam kategori dua hingga lima juta pelanggan setahun.

Ini menerusi kaji selidik global Airport Service Quality (ASQ) yang dijalankan oleh Airports Council International (ACI).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Mohamed Rastam Shahrom berkata penghargaan terbaharu oleh badan global itu memberi dorongan kepada MAHB untuk terus mengekalkan standard tinggi perkhidmatannya.

\”ASQ menanda aras lapangan terbang terbaik dunia dari segi keseluruhan kepuasan penumpang terhadap keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Routes Asia 2024 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini.

Routes Asia 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 29 Februari dihadiri hampir 1,000 delegasi terdiri daripada ketua industri penerbangan serantau termasuk perancang rangkaian daripada 110 syarikat penerbangan.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...