Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Projek pembesaran LTAPP dijangka bermula suku kedua tahun ini
Perniagaan

Projek pembesaran LTAPP dijangka bermula suku kedua tahun ini

Projek pembesaran LTAPP dijangka bermula suku kedua tahun ini

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

LANGKAWI, 27 Februari – Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dijangka bermula pada suku kedua atau ketiga tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata projek tersebut telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri, minggu lepas.

Beliau berkata, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan bertanggungjawab untuk proses tender dan pembiayaan projek berkenaan.

\”\”Model pembiayaan pula akan ditampung MAHB menggunakan model pemulihan pelaburan bermaksud mereka boleh mendapat semula pulangan pelaburan mereka untuk satu tempoh masa dan ia akan mengambil kos lebih RM1 bilion dan akan melalui proses tender yang dilakukan MAHB,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan acara Routes Asia 2024 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini.

Loke berkata, projek naik taraf meliputi pembesaran bangunan terminal dan penambahbaikan infrastruktur itu diharap dapatdisiapkan dalam tempoh tiga hingga empat tahun

Ini bagi menampung kapasiti penumpang sehingga 12 juta orang berbanding 6 juta orang pada masa sekarang.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...