Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Sistem E-RMR diperkenal perkasa program RMR
Perniagaan

Sistem E-RMR diperkenal perkasa program RMR

Sistem E-RMR diperkenal perkasa program RMR

Pengerusi SPNB, Datuk Husam Musa

SUBANG, 22 Februari – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memperkenalkan Sistem E-RMR bagi memperkasa pelaksanaan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Pengerusinya, Datuk Husam Musa berkata, sistem ini antara usaha menambah baik sistem serta membolehkan penyediaan RMR ditingkatkan daripada3,500 unit setahun kepada 10,000 unit.

Sistem E-RMR yang lengkap itu mampu menjimatkan kos operasi serta masa kakitangan dan mempercepat pembayaran kepada kontraktor.

Sehingga hari ini, SPNB telah berjaya melaksanakan sebanyak 65,758 unit RMR di seluruh negara.

Sementara itu katanya, penyedia rumah mampu milik SPNB sedang mengkaji cadangan untuk memasang panel solar di unit kediaman yang dibina syarikat itu.

Walaupun cadangan tersebut masih di awal perbincangan, namun perkara itu dilihat bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan penggunaan teknologi hijau di negara ini.

“Kita terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pengeluar untuk memasang panel solar di rumah kediaman bawah program Rumah Mesra Rakyat (RMR),” katanya kepada media selepas merasmikan Sistem E-RMR di sini.

Beliau berkata pihak ketiga atau syarikat yang terlibat dalam pemasangan panel solar itu boleh menyediakan bantuan kewangan kepada pemilik rumah bagi menampung kos pemasangan dan dapat meraih manfaat menerusi tenaga elektrik yang terhasil yang akan dijual kepada TNB.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...