Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan TRX City berjaya tarik pelaburan RM8 bilion
Perniagaan

TRX City berjaya tarik pelaburan RM8 bilion

TRX City berjaya tarik pelaburan RM8 bilion

Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn. Bhd, Datuk Azmar Talib

KUALA LUMPUR, 24 Februari – TRX City Sdn Bhd berjaya menarik pelaburan RM8 bilion menerusi Tun Razak Exchange (TRX).

Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn. Bhd, Datuk Azmar Talib berkata ia mencerminkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap negara untuk menjadi hab kewangan antarabangsa.

Beliau berkata, antara pelabur terlibat termasuk dari Australia, United Kingdom, Indonesia dan China.

Berkeluasan 70 ekar, TRX katanya dilengkapi dengan kemudahan terkini dan infrastruktur bertaraf dunia.

\”Kami telah menyediakan fasiliti bertaraf antarabangsa yang juga sesuai dijadikan pejabat ataupun tapak perniagaan, tapak untuk perniagaan antarabangsa dan yang penting kita mendukung visi TRX ini,\” katanya.

Ketika ini, penghunian pusat beli belah TRX telah mencapai 100 peratus manakala penghunian pejabat sebanyak 70 peratus.

TRX City Sdn Bhd merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang diperbadankan.

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...