Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan TEKUN sedia dana RM65 juta bantu 4,000 usahawan informal, mikro Selangor
Perniagaan

TEKUN sedia dana RM65 juta bantu 4,000 usahawan informal, mikro Selangor

TEKUN sedia dana RM65 juta bantu 4,000 usahawan informal, mikro Selangor

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan

PETALING JAYA, 2 Mac – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyediakan dana pembiayaan RM65 juta untuk disalurkan kepada 4,000 usahawan informal dan mikro di Selangor tahun ini.

Dana tersebut bertujuan meningkatkan taraf ekonomi usahawan di negeri berkenaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan berharap dana tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya, selain penerima dana perlu lebih bertanggungjawab dengan melaksanakan pembayaran dalam masa yang ditetapkan.

\”Saya juga ingin memaklumkan kepada semua yang telah mendapatkan bantuan daripada TEKUN kalau boleh kita kena bertanggungjawab, kita kena ambil peluang yang diberikan dan peluang itu kena berikan kepada orang yang lain

\”Saya harap sebagai satu keluarga kita dapat kembangkan lagi inisiatif yang dapat membantu rakyat,\” katanya ketika merasmikan Karnival TEKUN MADANI Selangor, di sini.

Tambah Ramanan, TEKUN Nasional menyalurkan pembiayaan sehingga RM100,000 untuk tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun pada kadar faedah dua hingga empat peratus, jauh lebih rendah berbanding institusi pembiayaan kewangan lain.

Sejak diwujudkan pada 1998 sehingga Januari 2024, TEKUN Nasional telah menyalurkan dana pembiayaan perniagaan sebanyak RM9.15 bilion kepada 574,348 orang usahawan di seluruh negara.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...