Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang Asean
Perniagaan

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang Asean

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang Asean

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Februari– Ringgit kembali mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Khamis, menjelang pengumuman laporan inflasi negara maju itu pada hari ini.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7620/7660 berbanding dolar AS daripada paras 4.7690/7730 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) menokok 0.11 peratus kepada 103.942 mata menjelang pengumuman data inflasi perbelanjaan penggunaan (PCE) pada lewat hari ini.

“Sekiranya laporan PCE itu lebih tinggi daripada jangkaan, ini akan melonjakkan nilai ringgit,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata peserta pasaran juga kekal memberangsangkan terhadap dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar faedah AS yang kian berkurangan.

Malah, beliau menyifatkan ringgit berada dalam keadaan terlebih jual ketika Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan bahawa unit tempatan itu telah terkurang nilai atau dinilai rendah.

\”Jelas sekali, terdapat risiko kenaikan untuk ringgit namun pada masa ini, pasaran terlalu menumpukan kepada keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai kadar faedah utama.

\”Oleh itu, (prestasi) ringgit berbanding dolar AS dijangka kekal dalam julat kecil 4.76 hingga 4.77,\” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun yang menyaksikannya mengukuh kepada 3.1633/1668 daripada 3.1635/1664.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 6.0304/0368 daripada 6.0199/0250 semalam dan rendah berbanding euro kepada 5.1612/1666 daripada 5.1510/1553, sebelum ini.

Berbanding mata wang Asean lain, ringgit mempamerkan prestasi lebih mengukuh termasuk naik berbanding baht Thailand kepada 13.2140/2342 daripada 13.2252/2421 pada akhir urus niaga semalam dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5386/5429 daripada 3.5405/5437.

Ringgit juga meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.46/8.48 daripada 8.47/8.49 sebelum ini dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 303.4/303.9 daripada 303.8/304.3.
– Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...