Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Kenaikan cukai perkhidmatan, buat aduan jika peniaga ambil untung lebih
Perniagaan

Kenaikan cukai perkhidmatan, buat aduan jika peniaga ambil untung lebih

Kenaikan cukai perkhidmatan, buat aduan jika peniaga ambil untung lebih

Ezleezan Othman

KUALA LUMPUR, 1 Mac- Cukai perkhidmatan hanya dikenakan kepada 10 kumpulan perkhidmatan iaitu sebanyak 41% daripada keseluruhan perkhidmatan dalam negara.

Ini berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan lebih kurang 70% daripada keseluruhan perkhidmatan.

Jelas Ketua Seksyen Bahagian Cukai Kementerian Kewangan, Ezleezan Othman, walaupun terdapat kenaikan 2%, namun skop cukai yang dikenakan ketika ini bersaiz kecil dan dilihat tidak memberi kesan kepada ramai orang.

\”Penginapan di hotel, makan di restoran kalau makanan segera ada cukai perkhidmatan, perlu dibezakan ada cukai perkhidmatan dan ada caj perkhidmatan. Cukai dikenakan kerajaan, caj dikenakan pihak restoran dan hotel,\” katanya menerusi rancangan terbitan RTM di sini.

Selain itu, perkhidmatan profesional, kelab malam dan insurans juga dikenakan cukai perkhidmatan.

Dalam pada itu, kesan kepada kadar inflasi juga dilihat masih rendah dan rakyat tidak akan terbeban.

Sementara itu, Ezleezan berkata orang ramai disaran membuat aduan sekiranya terdapat peniaga yang mengambil keuntungan berlebihan melalui kenaikan cukai perkhidmatan daripada 6% ke 8%.

Tindakan itu perlu bagi mengawal harga barangan dan tidak memberi kesan kepada rakyat.

\”Ada pihak mengatakan akan naik 10% hingga 15%. Kami pun terkejut kerana ikut kajian kami maksimum cukai 6% hingga 8% kenaikan 2% peratus, ini sampai 15%. Ini cara mengambil keuntungan berlebihan dan tidak berpatutan,\” katanya.

Kementerian Kewangan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memastikan harga terkawal dan tidak berlaku kenaikan mendadak.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...