Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan KEB 2024: Kontraktor bumiputera disaran rebut peluang
Perniagaan

KEB 2024: Kontraktor bumiputera disaran rebut peluang

KEB 2024: Kontraktor bumiputera disaran rebut peluang

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan

PUTRAJAYA, 1 Mac – Persatuan Kontraktor Melayu dan Bumiputera harus mengambil peluang meraih manfaat agenda bumiputera menerusi Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kongres itu dilihat memberi impak positif kepada golongan itu khususnya dalam pembahagian kontrak.

\”Contoh ada RM180 bilion dijangka merupakan kontrak-kontrak pembangunan. RM90 billion daripada kerajaan ada dalam peruntukan pembangunan dalam bajet 2024. RM90 billion lagi pembinaan di peringkat swasta.

\”RM180 bilion itu kontraktor bumiputera boleh mengambil peluang jika mereka kontraktor tulen, ada keupayaan, saya kira tentulah usaha menambah pembahagian kontrak kepada mereka boleh dilaksanakan dengan baik,\” katanya.

Ditemui pada KEB 2024, Ahmad berkata pihaknya turut menyambut baik cadangan kerajaan dalam mewujudkan jalinan tulen ekonomi Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Beliau berkata, jalinan tersebut memerlukan kerjasama yang holistik dalam usaha merealisasikan Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB).

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...