Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan emas ditutup tinggi sedikit
Perniagaan

Niaga hadapan emas ditutup tinggi sedikit

Niaga hadapan emas ditutup tinggi sedikit

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit hari ini disokong oleh jangkaan kelonggaran dasar monetari daripada bank-bank pusat utama pada tahun ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2024 meningkat kepada AS$2,137 setiap auns troy daripada AS$2,134 setiap auns troy pada Selasa.

Kontrak bagi April 2024, Mei 2024, Jun 2024 dan Ogos 2024 semuanya ditutup tinggi kepada AS$2,147.30 setiap auns troy berbanding AS$2,144.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 38 lot daripada 61 lot pada semalam, manakala kepentingan terbuka turun kepada 64 kontrak daripada 83 kontrak.

Menurut London Bullion Market Association pada 5 Mac, harga emas fizikal berada pada AS$2,134.40 setiap auns troy. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...