Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS, cecah paras 4.6 sejak 16 Jan
Perniagaan

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS, cecah paras 4.6 sejak 16 Jan

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS, cecah paras 4.6 sejak 16 Jan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 8 Mac– Ringgit terus mengukuh berbanding Dolar AS apabila dibuka tinggi pagi ini mendapat rangsangan daripada petunjuk positif domestik dan disokong oleh keadaan luar yang bertambah baik.

Pada 9.00 pagi, Ringgit mencecah paras 4.6 dan dibuka pada 4.6830/6895 berbanding Dolar AS daripada paras penutup 4.7025/7080 semalam.

Unit tempatan kali terakhir diniagakan pada paras ini ialah pada 16 Jan, berada pada 4.6945 berbanding Dolar AS.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Ringgit kelihatannya mencatatkan trend meningkat minggu ini.

“Data eksport China yang tinggi mengatasi jangkaan membayangkan sektor luar China semakin bertambah baik dan Yuan dijangka mendapat sokongan yang baik dan memandangkan Ringgit juga berkorelasi positif dengan Yuan, ia mungkin memberikan sokongan kepada ringgit hari ini,” katanya kepada Bernama.

Unit tempatan susut berbanding pound Britain kepada 6.0017/0101 daripada 5.9952/6.0022 pada Khamis, turun berbanding euro kepada 5.1288/1359 daripada 5.1257/1317 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1702/1748 daripada 3.1778/1817 sebelumnya.

Sementara itu ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara-negara Asean lain.

Unit tempatan meningkat berbanding baht Thai kepada 13.1778/2024 daripada paras penutup pada 13.2130/2340 Khamis, naik berbanding dolar AS kepada 3.5147/5199 daripada 3.5201/5247, menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 299.1/299.6 daripada 300.3/300.8 dan menambah berbanding peso Filipina kepada 8.38/8.41 daripada 8.42/8.43.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...