Monday , 23 September 2024
Home Perniagaan Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas kenaikan baru-baru ini
Perniagaan

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas kenaikan baru-baru ini

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas kenaikan baru-baru ini

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Mac– Ringgit mengalami pembetulan teknikal hari ini dan ditutup rendah berbanding dolar AS selepas mencatatkan peningkatan sejak beberapa hari lepas, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6845/6878 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6765/6800 pada Selasa.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata bacaan teknikal menunjukkan ringgit telahpun berada dalam situasi terlebih beli.

Sementara itu, katanya, perhatian pelabur pada minggu depan akan tertumpu kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung dari 19-20 Mac.

“Bahagian penting tentang mesyuarat itu adalah unjuran terkini Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai pembolehubah makroekonomi terutamanya Kadar Dana Fed.

“Pada Disember, Fed mengunjurkan tiga penurunan kadar pada tahun ini. Kita lihat nanti sama ada Fed akan mengubah unjuran mereka terutamanya selepas mengambil kira data terbaharu tersebut,” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1650/1672 daripada 3.1718/1744 pada Selasa tetapi turun berbanding pound Britain kepada 5.9840/9878 daripada 5.9808/9853 dan susut berbanding euro kepada 5.1164/1197 daripada 5.1114/1152.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara Asean lain.

Mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thai kepada 13.1053/1200 daripada paras 13.1436/1601 pada Selasa dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.45/8.47 daripada 8.45/8.46 .

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.5121/5149 daripada 3.5133/5162 tetapi berkurang berbanding rupiah Indonesia kepada 300.7/301.1 daripada 299.9/300.3 sebelumnya.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...