Monday , 23 September 2024
Home Perniagaan Ringgit diunjur meningkat kepada RM4.55 menjelang akhir tahun – Rakuten Trade
Perniagaan

Ringgit diunjur meningkat kepada RM4.55 menjelang akhir tahun – Rakuten Trade

Ringgit diunjur meningkat kepada RM4.55 menjelang akhir tahun – Rakuten Trade

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Mac- Ringgit dijangka mencecah sekitar RM4.55 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini.

Ketua Penyelidik Rakuten Trade, Kenny Yee Shen Pin berkata, unjuran itu didorong pengurangan kadar faedah di AS dan Kesatuan Eropah (EU), selain persekitaran pelaburan dalam negara yang bertambah baik.

\”Untuk ringgit kami menjangkakan sekitar RM4.55 menjelang akhir tahun ini berikutan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat dan keseluruhan dolar AS akan lemah, maka mata wang serantau terutamanya ringgit akan memperoleh manfaat daripadanya.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata, kaunter sektor pembinaan, perbankan, telekomunikasi dan semikonduktor dijangka menjadi pilihan pelabur berdasarkan perkembangan semasa ekonomi negara .

Beliau berkata demikian pada tinjauan pasaran suku kedua 2024 Rakuten Trade yang diadakan secara maya.

1303 BZ RAKUTEN RINGGIT
Kenny Yee Shen Pin danThong Pak Leng

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...