Monday , 23 September 2024
Home Perniagaan Kos bahan binaan meningkat, jejas harga hartanah – Rehda
Perniagaan

Kos bahan binaan meningkat, jejas harga hartanah – Rehda

Kos bahan binaan meningkat, jejas harga hartanah – Rehda

Presiden Rehda, Datuk Nk Tong

PETALING JAYA, 14 Mac – Harga hartanah di Malaysia dijangka terus meningkat bagi separuh pertama tahun ini berikutan kenaikan kos bahan binaan.

Presiden Rehda, Datuk Nk Tong berkata 91 peratus daripada responden tinjauan industri hartanah Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) separuh kedua 2023 dan Unjuran Pasaran 2024 berpendapat, tahun 2023 menyaksikan harga bahan binaan mula memuncak berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Beliau berkata, kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada enam peratus ke lapan peratus turut memberi impak kepada kenaikan kos tersebut.

\”Sudah tentu kenaikan SST memberi kesan kepada semua, kita mengharapkan ekonomi negara kekal kukuh, namun sekiranya ia memberi impak kepada pasaran hartanah, kami tidak punya pilihan kerana berhadapan kos bahan binaan yang tinggi,\” katanya.

Sementara itu, Tong berkata peserta pasaran hartanah kekal neutral terhadap prospek perniagaan serta industri hartanah untuk separuh pertama 2024 tetapi lebih optimistik tentang pasaran pada separuh kedua 2024.

\”Ini boleh difahami dengan mengambil kira cabaran industri tetapi keyakinan yang lebih tinggi untuk separuh kedua tahun ini menunjukkan bahawa responden dan pemaju pada umumnya masih yakin bahawa pasaran akan bertambah baik,\” katanya.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...