Monday , 23 September 2024
Home Perniagaan FTA antara Malaysia-EU, bantu negara tembus pasaran yang lebih besar – Pakar
Perniagaan

FTA antara Malaysia-EU, bantu negara tembus pasaran yang lebih besar – Pakar

FTA antara Malaysia-EU, bantu negara tembus pasaran yang lebih besar – Pakar

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 17 Mac– Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) akan membantu Malaysia mendapatkan akses pasaran yang lebih besar dan meningkatkan daya saing pengeksport tempatan.

Justeru, Penganalisis Ekonomi, Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berpendapat, usaha Perdana Menteri untuk menghidupkan semula perbincangan FTA itu adalah satu langkah yang tepat untuk ekonomi negara.

\”Pentingnya membuka pasaran kepada Malaysia untuk menarik pelabur-pelabur asing datang ke Asia melalui Malaysia dan mengambil peluang pasaran yang wujud.\”

Kesatuan Eropah (EU) adalah negara ketiga terbesar dalam bidang perdagangan selepas China dan Singapura,\” kata Barjoyai kepada pemberita RTM dalam satu temu bual khas.

Tambahnya, sekiranya perjanjian itu dimuktamadkan, negara yang terlibat bakal ditawarkan insentif perdagangan, pelaburan dan penyediaan perkhidmatan.

Terdahulu, Perdana Menteri di Hamburg memaklumkan Malaysia akan mempermudahkan FTA untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan integrasi serantau.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...