Monday , 23 September 2024
Home Perniagaan Kesilapan pelaporan data ringgit, Google Malaysia mohon maaf
Perniagaan

Kesilapan pelaporan data ringgit, Google Malaysia mohon maaf

Kesilapan pelaporan data ringgit, Google Malaysia mohon maaf

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Mac– Google Malaysia memohon maaf atas kesilapan pelaporan data membabitkan kadar pertukaran ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat sebelum ini.

Syarikat teknologi itu telah menghubungi pihak ketiga yang memberikan maklumat kadar pertukaran bagi membetulkan kekeliruan tersebut.

Menerusi responnya kepada hantaran Bank Negara Malaysia di laman X, Google Malaysia turut menjelaskan isu itu kini telah diselesaikan.

Google menyatakan bahawa kadar pertukaran mata wang di lamannya disediakan sebagai tujuan penerangan.

Sebarang keputusan berkaitan kewangan, harus merujuk sumber rasmi seperti laman web Bank Negara Malaysia (BNM).

Google sebelum ini menerbitkan kadar pertukaran ringgit yang tidak tepat pada 15 Mac lalu.

Kejadian itu merupakan insiden kedua, selepas pelaporan pertama pada 6 Februari lepas.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...