Monday , 23 September 2024
Home Perniagaan MAS, rakan penerbangan komersial rasmi Manchester United
Perniagaan

MAS, rakan penerbangan komersial rasmi Manchester United

MAS, rakan penerbangan komersial rasmi Manchester United

Datuk Kapten Izham Ismail (paling kiri) pada sidang media pengumuman kerjasama dengan Manchester United

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Malaysia Airlines memeterai kerjasama strategik sebagai rakan penerbangan komersial rasmi kelab bola sepak Manchester United.

Menerusinya, kedua-dua pihak bakal bekerjasama menerusi inisiatif pemasaran dengan memanfaatkan 1.1 bilion bilangan penyokong kelab bola sepak Inggeris tersebut.

Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Datuk Kapten Izham Ismail yakin, perkongsian bersama kelab ikonik itu berupaya meningkatkan jangkauan jenama \’Malaysian Hospitality\’ kepada khalayak global.

\”Menerusi kerjasama dengan kelab bola sepak terkenal seperti Manchester United, meletakkan Malaysia Airlines ke hadapan audiens global sekali gus memperkukuh jenama khususnya di pasaran Eropah dan Asia Tenggara yang mempunyai kelompok penyokong kelab yang ramai,\”katanya.

Beliau bercakap pada sidang media di ibu negara.

Perjanjian ditandangani Ketua Pegawai Eksekutif (Penerbangan), Malaysia Airlines, Ahmad Luqman Mohd Azmi, manakala Manchester United diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Pakatan dan Perkongsiannya, Victoria Timpson.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...