Monday , 23 September 2024
Home Perniagaan Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 23 Mac– Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Sepanjang minggu, BNM menjalankan operasi setiap hari bagi mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, repo terbalik, qard dan Bil Islam Antara Bank BNM.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini jatuh kepada RM26.41 bilion berbanding RM28.63 bilion yang dicatatkan semasa minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai susut kepada RM17.85 bilion daripada RM19.66 bilion sebelum ini.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 21 Mac.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...