Monday , 23 September 2024
Home Perniagaan Peningkatan kadar inflasi kepada 1.8%, tidak membimbangkan – Pakar
Perniagaan

Peningkatan kadar inflasi kepada 1.8%, tidak membimbangkan – Pakar

Peningkatan kadar inflasi kepada 1.8%, tidak membimbangkan – Pakar

Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia, Profesor Dr. Yeah Kim Leng

KUALA LUMPUR, 25 Mac– Peningkatan kadar inflasi negara kepada 1.8 peratus bagi Februari 2024 disifatkan tidak membimbangkan.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia, Profesor Dr. Yeah Kim Leng, ia memandangkan kenaikan berbanding 1.5 peratus pada bulan sebelumnya itu, masih berada di bawah unjuran yang ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM).

Jelasnya, BNM menyasarkan kadar inflasi keseluruhan pada paras purata dua peratus dan 3.5 peratus tahun ini.

\”Secara keseluruhan, kami jangka sedikit peningkatan dalam inflasi tidak membimbangkan selagi ia meningkat secara berperingkat dan tiada lonjakan ketara dalam kos, selain kejutan besar dalam rantaian bekalan.\”

\”Kami agak positif, kadar inflasi yang menyederhana tahun ini akan memberi kesan kepada unjuran pertumbuhan ekonomi yang disasarkan pada 4%-5% tahun ini,\” kata Profesor Dr. Yeah kepada pemberita, hari ini.

Beliau yakin kadar inflasi akan kekal rendah bagi tahun ini disebalik pelbagai ketidaktentuan dan langkah rasionalisasi subsidi.

Langkah rasionalisasi subsidi akan turut memberi kesan positif dengan memberi lebihan pendapatan kepada kumpulan sasar dan meningkatkan kuasa beli mereka.

Bagaimanapun, kerajaan masih perlu memantau risiko terhadap tekanan harga terutamanya dalam keadaan ringgit yang lemah dan peningkatan harga komoditi.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...