Monday , 23 September 2024
Home Perniagaan Ninja Van Malaysia lancar Ninja Restock
Perniagaan

Ninja Van Malaysia lancar Ninja Restock

Ninja Van Malaysia lancar Ninja Restock

Majlis Pelancaran Ninja Restock

KUALA LUMPUR, 27 Mac- Ninja Van Malaysia melancarkan Ninja Restock sebagai usaha merevolusikan landskap sektor pembekalansemula.

Perkhidmatan terbaru itu memenuhi keperluan penghantaran perniagaan-ke-perniagaan, menerusi ciri pengesanan barangan pada waktu nyata.

Ketua Ninja Van Malaysia, Lin Zheng berkata, pihaknya sentiasa berinovasi demi melengkapkan ekosistem penghantaran logistik pengguna.

\”Kami bukan sahaja fokus kepada perkhidmatan penghantaran tetapi kepada seluruh ekosistem. Jadi pelanggan kami boleh fokus kepada produk mereka dan kami akan tumpu kepada rantai bekalan mengikut keperluan mereka.

\”Itu yang membezakan kami lebih daripada sekadar servis penghantaran,\”katanya.

Enam pasaran dan perusahaan yang akan diberi fokus adalah peruncitan, farmaseutikal, pemasaran pelbagai peringkat, makanan dan minuman.

Beliau ditemui media selepas sesi taklimat dan pelancaran Ninja Restock di ibu negara.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...