Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Pasaran getah Malaysia ditutup rendah seiring niaga hadapan getah serantau
Perniagaan

Pasaran getah Malaysia ditutup rendah seiring niaga hadapan getah serantau

Pasaran getah Malaysia ditutup rendah seiring niaga hadapan getah serantau

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 5 April- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Jumaat seiring penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau disebabkan ketiadaan pembeli China ekoran penutupan niaga hadapan Shanghai sempena cuti umum, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, niaga hadapan getah Jepun menyusut pada Jumaat di tengah-tengah kejatuhan dalam ekuiti Tokyo dan yen yang mengukuh, manakala harga fizikal yang rendah terus menambah tekanan.

Bagaimanapun, beliau memberitahu Bernama penurunan selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah ditambah dengan kelemahan berterusan ringgit berbanding dolar AS.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia (SMR 20) susut setengah sen kepada 761.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun empat sen kepada 746.0 sen sekilogram.

Pada pukul 5.00 petang, harga rujukan LGM untuk fizikal SMR 20 berada pada 761.0 sen sekilogram manakala lateks pukal ialah 741.0 sen sekilogram. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...