Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan MSM dijangka dalam dagangan lengang menjelang cuti Aidilfitri
Perniagaan

Niaga hadapan MSM dijangka dalam dagangan lengang menjelang cuti Aidilfitri

Niaga hadapan MSM dijangka dalam dagangan lengang menjelang cuti Aidilfitri

Foto Hiasan/ Livevartha

KUALA LUMPUR, 6 April – Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami dagangan lengang minggu depan menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri, kata peniaga minyak sawit kanan Interband Group of Companies Jim Teh.

Menurutnya pasaran mungkin menyaksikan aktiviti pengambilan untung selepas cuti panjang dengan harga dijangka bergerak antara RM3,800 dan RM3,900 satu tan.

“Selain itu, banyak peniaga minyak sawit tempatan dan antarabangsa dijangka bercuti selama seminggu,” katanya kepada Bernama.

Peniaga minyak sawit David Ng menjangka pasaran diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan berikutan minggu dagangan yang lebih singkat di tengah-tengah cuti Aidilfitri.

Bagi asas mingguan, kontrak bulan semerta April 2024 meningkat RM239 kepada RM4,564 satu tan, Mei 2024 naik RM157 kepada RM4,423 satu tan, Jun 2024 menambah RM149 kepada RM4,343 satu tan, Julai 2024 naik RM164 kepada RM4,273 satu tan, Ogos 2024 menokok RM169 kepada RM4,198 satu tan dan September 2024 menokok RM163 kepada RM4,134 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 418,684 lot daripada 153,796 lot minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka turun kepada 268,274 kontrak daripada 284,711 kontrak pada minggu sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi April Selatan meningkat RM210 kepada RM4,570 satu tan daripada RM4,360 satu tan pada minggu sebelumnya. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...