Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil minggu depan susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil minggu depan susulan operasi BNM

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil minggu depan susulan operasi BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 13 April– Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Sepanjang minggu ini, bank pusat itu melaksanakan operasi setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender-tender pasaran wang konvensional, repo berbalik, qard dan Bil Antara Bank Islam BNM.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini jatuh kepada RM21.65 bilion berbanding RM26.54 bilion yang disaksikan pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, kecairan berkurangan kepada RM17.81 bilion daripada RM20.53 bilion.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus setakat 9 April.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...