Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka rendah, dolar AS terus dipacu data jualan runcit yang kukuh
Perniagaan

Ringgit dibuka rendah, dolar AS terus dipacu data jualan runcit yang kukuh

Ringgit dibuka rendah, dolar AS terus dipacu data jualan runcit yang kukuh

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 16 April- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari kedua berturut-turut apabila prestasi unit negara maju itu terus mengukuh, didorong oleh data jualan runcit Mac 2024 yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Pada pukul 9.20 pagi ini, nilai ringgit susut kepada 4.7885/7910 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7815 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data di negara maju itu terus memaparkan pertumbuhan kukuh dengan jualan runcit pada Mac meningkat kepada 0.7 peratus bulan ke bulan yang terbukti mengatasi jangkaan ramai sebanyak 0.4 peratus.

\”Berikutan itu, pasaran niaga hadapan tidak meletakkan harapan tinggi terhadap kemungkinan berlakunya pengurangan kadar faedah, sekali gus menunjukkan persepsi kemungkinan kelonggaran monetari tahun ini semakin pudar yang sebaliknya hanya menyuntik sokongan terhadap dolar AS.

\”Malah, ini terbukti apabila Indeks Dolar AS (DXY) mencecah 106.209 mata berbanding 100 mata pada akhir 2023. Ringgit berkemungkinan kekal kurang memberangsangkan berbanding dolar AS pada hari ini,\” katanya kepada Bernama.

Selain itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ini termasuk meningkat berbanding euro kepada 5.0820/0847 daripada 5.0915/0947 semalam, mengukuh sedikit berbanding yen Jepun kepada 3.1026/1044 daripada 3.1053/1075 semalam dan naik berbanding pound Britain kepada 5.9516/9547 daripada 5.9660/9697 sebelumnya.

Ringgit bagaimanapun diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN iaitu mengukuh berbanding baht Thailand pada 12.9872/9982 daripada 13.0148/13.0286 semalam.

Unit tempatan itu juga tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.5063/5083 daripada 3.5123/5148 dan naik berbanding peso Filipina pada 8.40/8.41 daripada 8.41/8.42.

Namun, ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 302.1/302.4 daripada 301.4/301.8. sebelum ini. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...