Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Perniagaan

Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS

Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 April – Ringgit meneruskan aliran rendah semasa awal dagangan pada Khamis berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) kekal tinggi dan pada masa sama peserta pasaran menunggu angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama AS hari ini selain data Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) bagi Mac esok.

Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ekonomi AS pada suku pertama diunjurkan berkembang 2.4 peratus suku ke suku daripada 3.4 peratus sebelumnya.

“Setakat ini, ekonomi AS agak berdaya tahan dan pasaran telah mengenepikan penurunan Indeks Pengurus Pembelian (IPP) AS untuk sektor pembuatan bagi April.

“Oleh itu, ringgit akan kekal rendah menjelang data AS yang akan dikeluarkan hari ini dan esok,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus meningkat berbanding mata wang utama, termasuk yen Jepun apabila melepasi 155 yen bagi setiap dolar AS buat kali pertama dalam tempoh tiga dekad, yang mungkin mendorong campur tangan langsung pihak berkuasa untuk mengekang penyusutan itu.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit domestik meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0779/0810 daripada 3.0830/0840 ketika ditutup pada Rabu namun susut berbanding pound British kepada 5.9600/9656 daripada 5.9362/9381.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 5.1187/1235 daripada 5.1046/1062.

Namun, mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.

Ringgit tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.8835/8995 daripada 12.9004/9097 daripada penutupan semalam dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.29/8.31 daripada 8.30/8.31.

Walau bagaimanapun, unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5122/5157 daripada 3.5090/5104 semalam dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 295.9/296.4 daripada 295.6/295.9. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...