Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Kemasukan syarikat 'unicorn’, cipta pekerjaan bernilai tinggi
Perniagaan

Kemasukan syarikat 'unicorn’, cipta pekerjaan bernilai tinggi

Kemasukan syarikat 'unicorn’, cipta pekerjaan bernilai tinggi

Rafizi berkata kemasukan syarikat \’unicorn’ ke dalam negara mampu mencipta pekerjaan yang berkemahiran dan bernilai tinggi.

KUALA LUMPUR, 22 April- Kerajaan akan melancarkan \’Startup Single Window\’ yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk mendapatkan maklumat dan aplikasi bagi ekosistem permulaan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata usaha itu bagi memudahkan pengoperasian syarikat- syarikat dan pelabur di Malaysia.

\”Matlamat Malaysia adalah untuk menjadi destinasi pilihan bagi modal peringkat awal, sekali gus menjadi pusat usahawan bertaraf dunia,\” katanya semasa ucapan dalam Sidang Kemuncak KL20 2024 di sini.

Dalam pada itu, Rafizi berkata Malaysia berusaha untuk menarik masuk \’unicorn’ iaitu pemula niaga global ke Malaysia.

Langkah itu bagi menjadikan Malaysia sebagai tapak teras Asia Tenggara bagi syarikat teknologi global.

Rafizi berkata kemasukan syarikat \’unicorn’ ke dalam negara mampu mencipta pekerjaan yang berkemahiran dan bernilai tinggi.

\’Unicorn\’ merupakan terma yang merujuk syarikat pemula persendirian yang mempunyai nilai lebih AS$1 bilion.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...