Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan Konflik Asia Barat, MATRADE rangka strategi atasi cabaran geopolitik
Perniagaan

Konflik Asia Barat, MATRADE rangka strategi atasi cabaran geopolitik

Konflik Asia Barat, MATRADE rangka strategi atasi cabaran geopolitik

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 18 April – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang merangka strategi bagi mengatasi cabaran geopolitik agar tidak menjejaskan prestasi perdagangan negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara diarah menjalankan analisis pendedahan risiko geopolitik terutama membabitkan konflik di Asia Barat.

Beliau berkata, setakat ini, negara terlibat merekodkan sumbangan eksport kurang satu peratus daripada keseluruhan eksport negara.

\”Kita sedang mendapatkan maklumat daripada pejabat kita di luar negara, macamana kita punya trend eksport ke negara tersebut dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

\”Kita tengok, kalau ada peningkatan, maknanya tidak boleh kita abaikan. Jadi apa yang kita buat ialah, kita guna satu negara atau bandar di rantau ini, contohnya Dubai sebagai hab serta Doha untuk kita mengeksport ke negara-negara yang konflik ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis prapelancaran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024, di sini.

Sementara itu, Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata antara strategi lain untuk mengurangkan impak risiko geopolitik ke atas perdagangan Malaysia adalah menambah pasaran baharu, terutama dalam kalangan pasaran baharu muncul.

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...