Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan MSM ditutup rendah bagi hari kelima berturut-turut
Perniagaan

Niaga hadapan MSM ditutup rendah bagi hari kelima berturut-turut

Niaga hadapan MSM ditutup rendah bagi hari kelima berturut-turut

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 18 April – Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini bagi hari kelima berturut-turut apabila penurunan di pasaran minyak kacang soya dan harga minyak mentah yang rendah terus memberi tekanan kepada harga.

“Kami melihat paras sokongan pada RM3,900 setan metrik dan paras rintangan pada RM4,100 setan metrik,” kata peniaga minyak sawit David Ng kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata firma penyelidikan tempatan menganggarkan inventori minyak sawit Malaysia akan terus berkurangan.

Beliau berkata Kenanga Investment Bank Bhd mengunjurkan pada akhir April stok minyak sawit turun enam peratus kepada 1.61 juta tan daripada 1.71 juta tan, dengan peningkatan pengeluaran sebanyak lima peratus kepada 1.46 juta tan daripada 1.39 juta tan dan eksport hampir tidak berubah pada 1.32 juta tan.

Sementara itu, CIMB Investment Bank Bhd mengunjurkan penurunan besar stok sebanyak 13 peratus kepada 1.49 juta tan, dengan peningkatan lapan peratus eksport kepada 1.42 juta tan, dan pengeluaran dianggar meningkat sebanyak lima peratus.

Pada penutup dagangan, kontrak Mei 2024 merosot RM34 kepada RM4,125 setan metrik, Jun 2024 susut RM32 kepada RM4,039 setan metrik dan Julai 2024 berkurangan RM28 kepada RM3,984 setan metrik.

Kontrak Ogos 2024 menyusut RM27 kepada RM3,933 setan metrik, September 2024 turun RM33 kepada RM3,895 setan metrik, manakala Oktober 2024 merosot RM33 kepada RM3,880 setan metrik.

Jumlah dagangan turun kepada 77,559 lot daripada 122,575 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 266,188 kontrak daripada 271,380 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Mei Selatan susut RM150 kepada RM4,200 setan metrik. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...