Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Prestasi perdagangan Malaysia kekal dalam trajektori positif
Perniagaan

Prestasi perdagangan Malaysia kekal dalam trajektori positif

Prestasi perdagangan Malaysia kekal dalam trajektori positif

Foto MITI

KUALA LUMPUR, 19 April – Prestasi perdagangan Malaysia kekal kepada trend meningkat bagi suku pertama 2024, tumbuh 7.1% kepada RM690.59 bilion berbanding suku sama tahun 2023.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan memaklumkan, pertumbuhan menggalakkan itu sejajar dengan pemulihan perdagangan global.

\”Bagi tempoh sama, eksport meningkat 2.2% kepada RM362.41 bilion berbanding suku pertama 2023 disumbangkan kenaikan eksport barangan perkilangan dan hasil galian.

\”Manakala, lebihan dagangan berjumlah RM34.22 bilion,\” menurut kenyataan itu.

Daripada segi pasaran pertumbuhan disokong peningkatan eksport ke ASEAN, Amerika Syarikat dan Jepun.

Import pula merekodkan peningkatan dua digit, 13.1% kepada RM328.19 bilion disumbangkan import barangan modal dan pengantara.

Sementara itu, perdagangan Malaysia dengan rakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) mencatat pertumbuhan positif, meningkat 4.4% kepada RM456.02 bilion.

Angka itu mewakili 65.3% daripada jumlah keseluruhan perdagangan.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...