Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Pemulihan eksport Malaysia, didorong permintaan meningkat dalam sektor E&E
Perniagaan

Pemulihan eksport Malaysia, didorong permintaan meningkat dalam sektor E&E

Pemulihan eksport Malaysia, didorong permintaan meningkat dalam sektor E&E

Setiausaha Pertubuhan Penganalisis Teknikal Malaysia, Muhammad Azmi Mohd Amin

KUALA LUMPUR, 21 Mei– Malaysia diunjur terus mengalami pemulihan berterusan dalam sektor eksport tahun ini.

Menurut Setiausaha Pertubuhan Penganalisis Teknikal Malaysia, Muhammad Azmi Mohd Amin, pemulihan itu seiring permintaan global yang meningkat.

Ini terutamanya bagi produk elektrik dan elektronik, komoditi serta barangan perkilangan lain.

\”Kita jangkakan jualan semi konduktor akan meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini. Penghasilan minyak dan gas ini kita lihat akan menjadi lebih baik\”, katanya menerusi satu rancangan terbitan RTM.

Eksport negara meningkat 9.1 peratus kepada RM114.72 bilion pada April 2024, setelah mencatat penyusutan dua bulan berturut-turut.

Lebihan dagangan pula dicatatkan bagi bulan ke-48 berturut-turut sejak Mei 2020, berjumlah RM7.7 bilion.

Manakala, bagi empat bulan pertama tahun ini, perdagangan, eksport dan import mencatat nilai tertinggi pernah direkodkan bagi tempoh tersebut.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...