Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Rangka kerja ESG-i bimbing usahawan PKS patuh Syariah
Perniagaan

Rangka kerja ESG-i bimbing usahawan PKS patuh Syariah

Rangka kerja ESG-i bimbing usahawan PKS patuh Syariah

Gambar fail Livevartha

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) melancarkan rangka kerja alam sekitar, sosial dan tadbir urus Islam (ESG-i) yang pertama di negara ini.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, rangka kerja ESG-I ini adalah untuk membimbing perniagaan tempatan, terutamanya pemula perniagaan dan Perusahaan Mikro, Kecil, Sederhana (PKS) supaya mematuhi objektif Maqasid Syariah dan piawaian etika pelaburan.

\”Yang menariknya ESG-I framework yang dilancarkan ini ia menggunakan kerangka maqasid Syariah iaitu untuk perlindungan ataupun pemeliharaan dari aspek akal, diri, harta, agama dan sebagainya.

\”Jadi saya rasa ini merupakan satu pendekatan yang terbaik dan boleh menarik ramai pelabur,\” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Pelancaran Kertas Kajian ISRA : Rangka Kerja Penilaian ESG-Islam untuk PKS (Perusahaan Mikro, Kecil, Sederhana) di Forum Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya melalui rangka kerja ini, perniagaan yang dijalankan perlu mematuhi parameter utama iaitu manusia, planet, keuntungan dan juga prinsip.

Universiti INCEIF, melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan ISRA, akan bekerjasama dengan Ficus Capital untuk mendapatkan maklum balas dan idea daripada pelbagai pihak berkepentingan, dalam membangunkan Rangka Kerja ESG-i tersebut.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...