Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan MAHB rekod untung bersih RM190 juta, suku pertama 2024
Perniagaan

MAHB rekod untung bersih RM190 juta, suku pertama 2024

MAHB rekod untung bersih RM190 juta, suku pertama 2024

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 31 Mei- Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) merekodkan untung bersih sebanyak 226 peratus lebih tinggi kepada RM190 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.

Ini berbanding RM58.19 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Menerusi satu kenyataan, MAHB memaklumkan peningkatan ini berikutan hasil yang lebih tinggi dan bahagian sumbangan keuntungan yang lebih baik daripada syarikat bersekutu dan usaha sama.

Hasil bagi suku tersebut meningkat kepada RM1.35 bilion daripada RM1.03 bilion.

Kenaikan itu didorong oleh jumlah penumpang yang lebih tinggi daripada operasi syarikat penerbangan baharu, musim cuti sekolah, musim perayaan Tahun Baru Cina dan pelaksanaan pengecualian visa 30 hariuntuk pelancong China dan India ke Malaysia.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...