Thursday , 26 December 2024
Home Perniagaan Axiata Group lancar Boost Bank, minggu depan
Perniagaan

Axiata Group lancar Boost Bank, minggu depan

Axiata Group lancar Boost Bank, minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 31 Mei- Axiata Group Bhd bakal melancarkan bank digitalnya, Boost Bank, 6 Jun ini.

Pengenalannya akan menjadikan Boost Bank sebagai bank digital ketiga beroperasi di negara ini, selepas GXBank dan AEON Bank.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan, Vivek Soodpada sidang media mesyuarat agung tahunan ke-32 Axiata berkata, bank digital itu akan memanfaatkan platform e-dompet Boost, bagi memastikan perkhidmatan perbankan lebih lancar.

Jelasnya, ciri lain yang membezakan Boost Bank dengan dua lagi bank digital yang telah beroperasi, akan diketahui pada pelancarannya nanti.

Boost Holdings Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Axiata Digital Services Sdn Bhd dan Great Eastern Digital Pvt Ltd, memiliki pegangan 60 peratus dalam bank tersebut.

Manakala, RHB Bank memiliki 40 peratus kepentingan.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...