Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup bercampur-campur pengaruhi pasaran getah serantau
Perniagaan

Pasaran getah ditutup bercampur-campur pengaruhi pasaran getah serantau

Pasaran getah ditutup bercampur-campur pengaruhi pasaran getah serantau

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Jun- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa dipengaruhi oleh petunjuk pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah dan penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun merosot berikutan pasaran menghadapi tekanan daripada harga minyak mentah yang rendah.

“Harga minyak susut kepada paras terendah dalam tempoh empat bulan dalam perdagangan Asia pada Selasa, terus mencatatkan penurunan selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu (OPEC+) memberi petunjuk bahawa ia akan mula mengurangkan pengeluarannya pada tahun ini manakala data ekonomi yang lemah mewujudkan kebimbangan mengenai permintaan yang lembap,” katanya.

Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh prospek permintaan yang lebih baik daripada China berikutan data ekonomi negara itu yang positif dan bekalan getah semasa yang terhad.

Pada 5.04 petang, harga minyak mentah Brent susut 1.53 peratus kepada US$77.16 setong.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 11.5 sen kepada 815.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik dua sen kepada 786 sen sekilogram.

Sementara itu, pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 811.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 783 sen sekilogram.
– Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...