SHAH ALAM, 4 Jun – Proton Holdings Bhd menyasarkan jualan sehingga 2,500 unit setiap bulan bagi model terbaharunya, Proton X50 2024.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Roslan Abdullah yakin angka itu dapat dicapai menerusi pelbagai penambahbaikan dan kekuatan rangkaian jualannya.
\”Proton X50 mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan sejak pelancaran model sebelumnya pada Oktober 2020 dan kekal menjadi antara model Proton paling mendapat pilihan sehingga kini.
\”Saya yakin dengan keupayaan proton yang telah kami pertingkatkan, inyaAllah, dengan kekuatan rangkaian penjualan, pencapaian itu mungkin boleh capai kembali ke angka 3,000 unit sebulan dan itu adalah impian kami untuk X50 2024,\” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan model baharu Proton X50 2024, di sini.
Tambah Roslan, harga jualan kekal seperti model sebelumnya meskipun penambahbaikan melibatkan kos mencecah RM6,000 seunit.
Katanya, syarikat memutuskan untuk menyerap kos tersebut bagi memastikan ia kekal kompetitif dan mampu milik.
Sejak dilancarkan pada tahun 2020, model kereta nasional ini telah mencapai jualan lebih 100,000 unit.